Ramai pemandu kereta terutamanya wanita yang tidak mengetahui asas penyelenggaraan kereta. Ini boleh menyebabkan kos pembaikan dan penyelenggaraan yang tinggi dan lebih parah, boleh mengakibatkan kemalangan. Pengetahuan asas ini amat penting perlu diambil tahu oleh semua pemandu terutamanya wanita.
1. Servis kenderaan ikut jadual
Biasanya, pemandu wanita mengharapkan suami jika yang sudah berkahwin untuk menghantar kenderaan ke pusat servis. Namun jika bujang perlulah menghantarnya sendiri. Perlu tahu bila waktu untuk hantar servis. Biasanya pusat servis akan melekatkan pelekat di bahagian atas pemandu sebagai peringatan untuk servis seterusnya. Kegagalan mengikuti jadual servis terutamanya untuk minyak enjin dan kotak gear akan mengakibatkan kerosakan komponen dan kos gantian yang besar.
2. Periksa bateri kereta
Jika anda menggunakan bateri sel basah, air bateri perlu diperiksa dan ditambah secara berkala. Pastikan semasa penggantian bateri, tarikh gantian ditulis pada bateri untuk rujukan masa hadapan. Biasanya hayat bateri kereta dari 1 tahun ke 2 tahun mengikut penggunaan. Tanda-tanda bateri perlu ditukar ialah bila diperiksa, ia sudah menunjukkan bacaan di bawah 12V, selain itu bila anda ingin menghidupkan kereta, penghidup tersengguk bila kunci diputar.
4. Pastikan lampu besar/kecil ditutup sebelum meninggalkan kereta
Ramai yang terkena bila kereta tidak boleh dihidupkan kerana lupa untuk memadamkan lampu samada besar atau kecil sebelum meninggalkan kereta. Ini akan menyebabkan bateri kehilangan cas dan kereta tidak boleh dihidupkan.
6. Awasi tolok suhu enjin kereta
Ini juga amat penting kerana enjin yang terlalu panas boleh menyebabkan enjin menjadi ‘jammed’ dan berlaku kerosakan komponen. Banyak kereta model baru tidak mempunyai jarum penunjuk suhu dan hanya mempunyai simbol pada meter paparan. Jadi pemandu perlu lebih awas lagi.
>>Nak pendapatan tanpa had dengan kerja yang sah di sisi undang2? Klik sini untuk info lanjut<<
8. Tekanan angin tayar kereta
Juga perkara yang penting kerana bila tayar kekurangan angin, akan berlaku kerosakan bunga tayar dan juga mengakibatkan penggunaan minyak yang lebih.
9. Penjajaran tayar atau “alignment”
Aspek penjagaan penting untuk memastikan tayar dalam keadaan baik. Jika jajaran lari dari kedudukan lurus, tayar berisiko mengalami kehausan tidak sekata. Ini menjadikan tayar tidak selamat dan perlu kerap ditukar dengan kos yang tinggi.
10. Sentiasa periksa tekanan angin sebelum memulakan perjalanan
Ini penting dan jarang-jarang dibuat. Sebaiknya sebelum memulakan perjalanan periksa kenderaan anda. Tayar yang bocor boleh menyebabkan kemalangan jiwa.
Amalkan 10 tips ini insyaAllah sekurang-kurangnya kenderaan anda dalam keadaan baik untuk digunakan. Kongsikan dengan rakan-rakan yang lain.