Volkswagen Vento atau dengan kata lain Polo versi sedan juga dan ianya berkongsi platform yang sama dengan model hatchbacknya iaitu Polo. Asas roda telahpun diperpanjangkan lebih kurang 50mm untuk lebih ruang kaki. Ruang kepala juga lebih baik kerana garisan bumbung tidak terlalu cerun seperti model hatchnya. Dengan meletakkan Honda City sebagai penanda aras, jurutera-jurutera Volkswagen telah menganggap model ini akan menjadi model yang paling selesa dalam kelasnya. Bahan untuk tempat duduk juga menggunakan bahan yang lebih tahan tanpa mengurangkan keselesaan. Ruang bagasi juga luas dengan isipadu dalam lingkungan 500liter.
Untuk permulaan, Vento akan didatangkan dengan 2 pilihan enjin iaitu petrol dan diesel. Keduanya bersesaran 1.6liter dengan kuasa 105bhp. Bagaimanapun, varian diesel menjana daya kilasan 25.5kgm berbanding varian petrol yang menghasilkan 15.8kgm seterusnya memberi lebih karektor pemanduan yang lebih pantas.
Enjin 1.6 common rail adalah enjin baru yang sama keluarga denan enjin 1.2liter turbo diesel model Polo dan enjin 2.0liter tubodiesel yang digunakan Jetta.
Vento dijangka dijual pada harga 7-9 Lakh rupee di India bersamaan RM47K~RM60k.
Komen aku: Model yang menarik. Baru-baru ini Volkswagen Group Malaysia mengumumkan bahawa model yang sudah dibawa masuk secara CBU tidak akan di pasang di kilang milik DRB di Pekan. Jadi hancur la harapan peminat-peminat Volkswagen Golf untuk dapatkan harga CKD untuk model tersebut. Apa komen anda?
Jika benar, model yang setanding dengan Honda City dan Toyota Vios ini bakal memberikan pilihan baru kepada pembeli di Malaysia seterusnya bakal memecah monopoli Toyota dan Honda untuk segmen ini. Aku rasa menarik kereta ini. Harap-harap ianya dipasang secara CKD di Pekan.
Volkswagen:::DAS AUTO:::