Baru-baru ini, Nissan Motor Corporation, pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Jepun, telah dilihat membawa dan menguji 3 model GT-Rnya di litar Nurburgring di Jerman. Sebuah daripadanya adalah GT-R panduan sebelah kiri dan 2 lagi panduan sebelah kanan berwarna perak.
Ini adalah selari dengan kenyataan Ketua Juruteranya iaitu Encik Kazutoshi Mizuno ketika berucap di majlis pelancaran kereta ini di Australia. Beliau berkata, pasukan RnD mereka sedang menguji ‘powertrain’ baru untuk GT-R supaya ianya masih relevan.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan GT-R akan menggunakan enjin diesel ataupun hybrid selepas Nissan menandatangi perjanjian dengan Daimler. Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi dan lebih gambar.
Kereta ini bakal mendapat model edisi istimewa dan ini dibuktikan dengan foto intipan yang diperoleh. Sebuah kereta ‘kejuaraan’ dan spesifikasi M sedang di bangunkan. Mengikut sumber, kereta ini masih dipacu oleh enjin 3.8liter turbo kembar V6. Mizuno pernah berkata bahawa mereka akan melancarkan beberapa edisi peningkatan untuk GT-R dari masa ke masa.
Kita sudah melihat Nissan melancarkan GT-R spesifkasi V di mana perbezaannya piston carbon, brek seramik dan mekanisma ‘boost’ yang unik. Edisi kereta ‘kejuaraan’ pula kita dapat lihat yang berwarna perak seperti di gambar akan menggunakan kerangka badan lebih ringan, juga brek sistem seperti spesifikasi V dan rim sukan yang lebih ringan. Ianya juga dapat tambahan ‘diffuser’ yang dipopularkan pasukan Brawn GP dalam sukan Formula1 untuk lebih kestabilan ketika mengambil selekoh. Spec M pula mendapat rim sukan yang standard tetapi mempunyai interior yang lebih mewah seperti gambar berwarna putih dan dijangka dijual untuk pasaran Amerika, timur tengah dan Eropah.
Komen aku: Nissan GT-R ni dulu mempunyai nama ‘Skyline’. Namun Nissan mengambil keputusan untuk menggugurkan nama Skyline pada model terbaru GT-R. Alasan? Entahla Nissan je yang tahu. Rasanya mungkin Nissan nak buat GT-R ni satu model eksklusif dan bukan lagi bergantung kepada populariti model-model lain.