Hyundai, pengeluar kereta kelima terbesar dunia dan nombor satu di Korea Selatan telah menarik balik 139,500 unit Sonata YF yang dipasang di kilang Alabama antara bulan Disember tahun lepas dan awal bulan ini. Keputusan sukarela ini diambil selepas Pentadbiran Keselamatan Lebuhraya Kebangsaan Amerika (NHTSA) memulakan siasatan terhadap 2 aduan pengguna mengenai kerosakan steering.
Ini adalah panggilan balik kali kedua untuk pengeluar kumpulan Hyundai-Kia ini dalam masa sebulan selepas mereka memanggil semula 35,000 unit model Soul dan Sorento. Berita ini mungkin boleh mengakibatkan kejatuhan imej jenama Korea ini yang kini sedang mendaki populariti untuk kereta yang selamat dan mampu milik. Teruskan bacaan untuk lebih informasi.
Walaubagaimanapun, ia adalah sesuatu yang melegakan apabila panggilan balik semula ini dibuat sebelum berlaku apa-apa kemalangan yang boleh menyebabkan kematian. Ia satu tindakan yang bijak selepas melihat Toyota membuat panggilan semula setelah mencatat beberapa kematian dalam siri kemalangan yang membabitkan kereta jenama mereka atas sebab kecacatan pengeluaran.
Kumpulan automotif Hyundai-Kia kian menambah pembahagian pasaran dan mengunjurkan untuk menjual lebih 6juta unit kenderaan pada tahun ini.
Info dari Hyundai-Sime Darby: Hyundai Sonata YF di Malaysia tidak terlibat dalam panggilan semula ini kerana ianya dibuat di Korea Selatan dan bukan di kilang Alabama.