Hyundai Sonata YF, Sonata terbaru dari Hyundai untuk pasaran Malaysia adalah selamat untuk dipandu dan tidak terlibat dengan panggilan balik semula besar-besar 139,500 unit di Amerika Syarikat atas kemungkinan kegagalan fungsi steering.
Hyundai Sime-Darby telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa model Sonata YF di Malaysia adalah didatangkan secara CBU dari Korea Selatan dan tidak mengalami masalah yang sama dengan unit yang dikeluarkan di Kilang Alabama, Amerika Syarikat. Kenyataan rasmi Hyundai menyatakan bahawa model yang dibuat di kilang Asan di Korea adalah tidak terlibat dengan panggilan balik semula ini.