JD Power, sebuah syarikat penganalisis dan kaji selidik, mengadakan kajian setiap tahun tentang tahap kepuasan pelanggan terhadap sesuatu jenama terutamanya dalam bidang automotif. Ini termasuklah mengenai kajian kualiti permulaan (IQS) dan kajian indeks kepuasan pengguna (SSI) yang dijalankan pada setiap tahun.
Sekarang mereka telahpun masuk tahun kelapan dalam membuat kajian seperti ini di Malaysia kepada kepuasan pembeli kereta baru. Dalam SSI, 7 faktor diambil kira iaitu proses penghantaran, masa penghantaran, dokumentasi, kemudahan disediakan wakil jualan, jurujual, perbincangan jual beli dan jualan permulaan.
Kajian ini adalah dalam skala 1000 mata di mana lebih tinggi mata diperoleh, maka kepuasan pelanggan adalah lebih baik. Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi dan ranking penuh indeks kepuasan jualan tahun 2010 di Malaysia.
Berdasarkan kajian, bakal pembeli merasakan tidak puas hati jika kereta yang mereka tempah lewat lebih dari 14hari. Secara tak langsung, mereka yang menerima penghantaran kereta lebih dari sebulan amatlah tidak berpuas hati dan ini adalah 95% lebih rendah dari keputusan purata.
Tahun 2010 menyaksikan ISUZU menduduki tangga teratas sekali lagi untuk dua tahun berturut manakala Proton masih menduduki tangga terbawah.