Nissan GT-R, atau juga dikenali sebagai Godzilla di kalangan jurnalis kereta, telahpun terkenal selama beberapa dekad sebagai kereta prestasi tinggi yang mampu mengenepikan mana-mana pencabarnya.
Ianya juga kereta berprestasi tinggi yang penuh dengan gajet-gajet terkini namun harga jualannya masih mampu dimiliki. Nissan GT-R terbaru mempunyai kuasa kuda sebanyak 485hp dari enjin 3.8 liternya, namun begitu ianya masih lagi ‘terhad’.
Sebagai contoh, jika ianya dibandingkan dengan ‘Supercar’ terbaru milik syarikat Lexus iaitu LF-A, jelas GT-R nyata bukan tandingan LF-A. LF-A, melalui enjin 4.8liternya menghasilkan kuasa kuda 552bhp dan membawa penanda aras kepada puncak ketinggian kejuruteraan automotif Toyota. Ia juga berharga lebih 300 ribu pound. Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi dan video perbandingan kedua-dua model ini.
Ternyata dominasi berdekad Nissan GT-R tidak mampu diteruskan dan ianya bakal menjadi satu ‘kerja rumah’ untuk jurutera-jurutera Nissan untuk mengembalikan dominasi GT-R dalam pasaran Jepun.