Pengeluar kereta berprestasi tinggi British yang juga anak syarikat Proton Holding Bhd, Lotus terus menerus mengagumkan peminat-peminat dan jurnalis permotoran dengan kehebatan model terbarunya iaitu Lotus Evora. Model terbaru ini telah dapat pengiktirafan jurnalis kereta Britain di mana daripada 10 calon termasuk Nissan GTR, Porsche, Audi dan lain-lainlagi, Lotus Evora telah menduduki tempat pertama secara keseluruhan.
Ini merupakan perkembangan yang baik bagi Lotus yang baru-baru berhasrat untuk menjadi pengeluar berskala besar dan menaikkan semula kehadiran mereka di Arena antarabangsa.
Sumber: Autocar