Honda, gergasi pengeluar kereta nombor 2 di Jepun, bersedia untuk memanggil balik model Accord Cross Tour miliknya atas kemungkinan masalah beg udara.
Mengikut jurucakap Honda, kereta-kereta berkenaan memerlukan pemeriksaan beg udara untuk tempat duduk hadapan dan jika perlu, ianya perlu ditukar. Setakat ini 3340unit di Amerika Utara dan 700unit di Kanada terlibat dalam program panggilan balik ini.
Sila teruskan bacaan untuk lihat lebih gambar Accord jenis ini.
Jika kanak-kanak duduk di tempat duduk hadapan dan tali pinggang keledar tidak dipasang, beg udara berkemungkinan tidak berfungsi. Inilah yang dibimbangkan oleh Honda dan untuk sementara Honda meminta pelanggannya memasang tempat duduk kanak-kanak untuk keselamatan.
Model ini tidak dijual di Jepun namun kebimbangan tetap ada kerana mungkin ada yang membawanya balik ke Jepun dari Amerika atas dasar minat dan unik.