Sumber dari blog funtastickodesign telah menjumpai satu gambar model tanah liat (clay model) dari Proton. Model tanah liat ini adalah berskala 1:1 dengan model sebenar dan digunakan untuk mendapatkan rekabentuk permukaan sebelum pembuatan komponen.
Mengikut sumber, ada yang mengatakan ini adalah model tanah liat untuk Person R yang bakal dilancarkan pada 2012 dan ada juga yang berkata ianya adalah model gantian Waja yang dihentikan selepas Proton mengikat perjanjian dengan Mitsubishi untuk rebadge Lancer.
Komen aku: Rekabentuknya boleh tahan ala-ala BMW 3 siri. Side profile nampak tegap dan rekaan belakang juga lebih menarik. Apa komen anda?