Saya tertarik dengan artikel dari fastmotoring mengenai Lotus telah mengakhiri perjanjian pembekalan enjin dengan Toyota. Mengikut artikel tersebut, enjin terakhir yang akan dibuat untuk Kereta Lotus adalah 2ZZ-GE VVTL-i 4 cylinder dan majlis itu diadakan di Tokyo Jepun bersama Presiden Toyota Motor, Akio Toyoda. Selepas ini Lotus akan membangunkan enjinnya sendiri untuk model-model kereta mereka.
Apa yang menarik dari artikel ini juga ialah enjin 2ZZ-GE VVTL-i 4 cylinder ini adalah buatan Yamaha untuk Toyota. Kenapa Yamaha buat enjin untuk Toyota? Yamaha kan syarikat pembuat Motor? Sebenarnya ramai yang tidak mengetahui bahawa Yamaha adalah anak syarikat Toyota dan telah lama merekabentuk enjin untuk kereta Toyota. Yamaha mempunyai teknologi dan Toyota sememangnya mendapat faedah besar dari Yamaha.
Saya juga teringat ketika saya belajar di negara Matahari terbit, saya berpeluang bertemu dengan ketua kejuteraan enjin Petronas iaitu Encik Sufian. (Sekarang bertugas di PRSS Bangi). Apa yang saya dengar, enjin E01 Petronas adalah hasil usahasama dengan Yamaha dan dibangunkan di bandar kelahiran Yamaha di Shizuoka, Jepun. Ya adakah enjin E01 setanding dengan 2ZZ-GE VVTL-i 4 cylinder milik Toyota?
Mungkin dan ada baiknya jika Lotus menggunakan enjin ini untuk modelnya untuk kurangkan kos pengeluaran. (gambar di bawah: saya bersama rakan makmal penyelidikan tahun akhir)
Apa-apa pun kita harap Lotus dan Proton akan terus maju dan mengangkat martabat industri automotif Malaysia?