Ramai peminat dan pemerhati industri automotif sudahpun bertumpu ke Paris, kota romantik Eropah dan rumah kepada gergasi permotoran Perancis untuk menghadiri Pameran Kereta Antarabangsa Paris.
Pameran ini dijangka menarik perhatian ramai kerana hampir kesemua pengeluar automotif dari seluruh dunia bakal mempersembahkan model-model terbaru, kereta konsep dan pertunjukkan teknologi mereka.
Banyak preview dilakukan oleh pengeluar untuk menarik pemerhati ke pentas mereka untuk melihat dengan mata sebenar kereta model terbaru mereka.
Syarikat milik Proton Holdings Bhd, Lotus juga akan mengadakan pertunjukkan dan pastinya akan menarik ramai pemerhati nanti apabila kereta Hybrid 1.2liter nya dipertunjukkan. Pameran bermula pada 2 hingga 17 Oktober. Kami akan bawakan ulasan lebih lanjut jadi sila kekal bersama blog kami.