Proton telah mengumumkan kumpulan Proton telah mencatat keuntungan sebanyak RM218.9 juta pada tahun kewangan 2009-2010 berbanding kerugian yang 301.8 juta yang dicatat pada suka yang sama. Ini telah diumumkan pada mesyuarat agung tahunan kumpulan Proton.
Proton telah menggariskan beberapa inisiatif untuk mengukuhkan asas syarikat dan meletakkan syarikat pada landasan yang betul. Pengerusi Proton,Dato’ Mohd Nadzmi berkata, prestasi syarikat adalah dibantu oleh ekonomi yang bertambah pulih, peningkatan jualan Saga, Persona dan Exora, margin keuntungan yang lebih, penambahan jualan pasaran eksport dan beberapa lagi inisiatif yang diambil dalam pengurusan kos, pengilangan yang lebih efisien dan penambahbaikan kualiti.
Khidmat lepas jualan juga meningkat sebanyak 43%, menjana perolehan sebanyak RM259 juta berbanding RM189 juta pada tempoh yang sama tahun lepas. Eksport pula berkembang 35% terutamanya di Thailand, Indonesia dan juga Timur Tengah.
Tahun ini Proton akan melancarkan model baru yang dibuat dengan kerjasama Mitsubishi dan sebuah model penambahbaikan. Tahun hadapan pula 2 lagi model penambahbaikan dan enjin turbo baru akan diperkenalkan.
Komen aku: Tahniah kepada Proton kerana mencatat kembali keuntungan di bawah Dato’ Syed Zainal. Aku suka ‘ergonomik’ untuk Saga dan Exora harap-harap Proton dapat la tiru pengeluar Jepun nyer ergonomik.
Satu je yang masih ketinggalan ialah ranking kepuasan pelanggan yang masih tercorot. Ini pun penting juga sebab jaga perasaan pelanggan. Apa-apa pun teruskan usaha untuk terus relevan.