Proton Saga baru atau lebih popular dipanggil Saga BLM telah menjadi model hit bagi Proton dimana jualannya melebihi 5 ribu unit setiap bulan. Ia adalah model terlaris Proton selepas Persona Elegance dan Exora. Dilancarkan pada tahun 2008, kini Proton Saga akan mendapat perubahan kecil atau ‘minor facelift’. Dengan polisi pengurusan Proton sekarang, jangkahayat sesebuah model adalah selama 5 tahun dan akan melalui beberapa peringkat perubahan atau ‘facelift’.
Sudah menjadi kebiasaan kepada pengeluar automotif untuk menutup bahagian yang akan diubah dengan tape hitam untuk mengelakkan rupa sebenar bahagian tersebut terdedah sekaligus menyebabkan para pembeli menangguh pembelian mereka untuk model sedia ada. Jika diperhatikan, perubahan kali ini adalah pada ‘headlamp’, ‘tail lamp’ dan juga bumper. Lampu depan menjadi lebih tajam dan nampak lebih sporty. Lampu belakang juga nampak pertukaran sekuel antara turn signal dengan lampu brake. Kita harapkan Proton menggunakan lampu projektor dan LED untuk nampak lebih moden.
Satu lagi info menarik yang saya peroleh dari sumber Proton ialah kereta ini bakal menggunakan kotak gear CVT dan beberapa jurutera Proton sedang berada di UK untuk ujian sistem gear CVT tersebut. Mengapa di UK? Mungkin menggunakan fasiliti kejuteraan Lotus dan juga berkenaan proses paten. Adakah ini kejutan yang di katakan oleh Dato’ Syed Zainal? Sama-samalah kita tunggu pelancarannya nanti.