Dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu di seluruh dunia dan ketika harga bahan api semakin mahal, banyak pengeluar automotif utama dunia telah beralih ke enjin yang lebih efisien digabung dengan kotak gear CVT untuk penjimatan petrol yang maksimum. Pengeluar tersohor seperti Toyota, Honda, Volkswagen dan lain-lain lagi telah secara aktif dan sanggup berbelanja besar untuk pembangunan enjin yang efisien seperti VVTi, i-VTEC dan TSi. Juga transmisi 7 kelajuan CVT atau DSG telah terbukti dalam penjimatan bahan api.
Tidak terkecuali juga syarikat Nissan Motor, gergasi permotoran Jepun juga telah menggunak sistem transmisi X-Tronic CVT untuk semua modelnya juga atas faktor penjimatan minyak.
Apa yang kita harapkan di sini kepada pengeluar automotif tersohor tempatan juga tidak menghampakan. Berdasarkan gambar spy shots ini, Proton dilihat sedang menguji enjin Campro edisi terbarunya dengan gear box CVT. Mungkin kita akan akhirnya merasa kelembutan dan keselesaan pemanduan dengan transmisi jenis ini? Apa-apa pun tahniah untuk Proton untuk usaha tangkas dan keras anda.