Toyota Motor Corp, pengeluar kereta terbesar di dunia dan nombor satu di Jepun, bakal membekalkan teknologi hybridnya kepada pengeluar kereta mewah Jerman iaitu Daimler AG. Daimler AG yang bersungguh-sungguh mahukan lineup Hybrid dalam pasukan mereka dikatakan mahu bekerjasama dengan pengeluar lain untuk teknologi tersebut.
Sumber dari Tokyo mengatakan Daimler ada menyatakan niat untuk bekerjasama dengan Toyota dari segi bateri motor dan teknologi hybrid. Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi dan gambar model Hybrid S400 dari Mercedes.
Jika perjanjian ini berjaya dimeterai, Toyota bakal menjadi pembekal utama dalam teknologi hybrid dan Daimler bakal menjadi syarikat yang ke empat bakal menggunakannya selepas Ford, Nissan dan Mazda.
Komen aku: Toyota memang syarikat yang paling berjaya dalam penggunaan teknologi hybrid ini dan terbukti dengan kehebatan model hybrid terbaik mereka iaitu Prius yang mencatatkan jualan yang begitu hebat di seluruh dunia.
Pengeluar-pengeluar Jepun juga lebih terkedepan dari pengeluar-pengeluar Eropah dari segi teknologi ini dan mungkin inilah sebabnya Daimler meminta kerjasama dari Toyota.