Toyota Motor Corp, pengeluar kereta terbesar di dunia dan nombor satu di Jepun telah menambahkan bunyi palsu pada Model Prius generasi ketiganya kerana ianya terlalu senyap pada kelajuan rendah. Jika anda sedang berjalan dan terdengar seperti bunyi desiran itu bukannya bunyi kapal makhluk asing tapi ia adalah bunyi palsu yang dikeluarkan oleh Prius.
Kerajaan Amerika telah membuat kajian yang Prius ini mempunyai kebarangkalian 2 kali ganda berlaku kemalangan kerana kesenyapannya. Ianya juga menyusahkan orang kurang upaya terutamanya orang buta Bunyi palsu ini pertama kali dipasang untuk pasaran Jepun dan berharga RM450.
Buat masa sekarang, bunyi palsu ini adalah untuk pasaran Jepun sahaja dan Toyota belum berhasrat untuk menjualnya di luar Jepun. Walaubagimanapun, Kerajaan Amerika di jangka akan membuatkan peraturan yang akan mewajibkan semua kereta Hybrid memakai sistem yang sama.
Dalam perkembangan lain, Lotus juga sedang membangunkan sistem bunyi sintetik seperti ini dan secara kebetulannya diuji pada sebuah Prius juga.