Volkswagen telah mengejutkan pembaca surat khabar The Times of India apabila mereka meletakkan iklan ‘bersuara’ yang pertama kali dilakukan di India untuk menarik pelanggan datang ke bilik pameran mereka pada hari pelancaran model terbaru mereka iaitu Vento.
Kaedah iklan ini amat menarik iaitu apabila pelanggan membuka lipatan surat khabar untuk membacanya, maka surat khabar akan ‘bersuara’ mengajak pelanggan datang ke bilik pameran Volkswagen pada hari pelancaran model tersebut. Iklan yang kreatif ini memang mengejutkan pembaca surat khabar tersebut.
Sila teruskan bacaan untuk lebih info dan lihat video iklan ‘bersuara’ tersebut.
Volkswagen Vento didatangkan dalam dua varian enjin di India iaitu enjin 1.6l petrol dan diesel. Di bawah ini adalah senarai harga untuk setiap varian. Adakah anda mahu Volkswagen pasang dan jual kereta ini di Malaysia?
Trendline Petrol – 6,99,000 rupee
Highline Petrol – 8,23,500 rupee
Highline Petrol Automatic – 9,21,500 rupee
Trendline Diesel – 7,99,000 rupee
Highline Diesel Automatic- 9,23,500 rupee