Volkswagen AG, pengeluar kereta nombor dua terbesar di dunia dan di nombor satu Eropah telah melancarkan model sedan kompak yang sekian lama ditunggu oleh peminat-peminat mereka di Asia. Kereta sedan kompak lebih digemari di Asia berbandig Eropah yang menyanjung jenis hatch.
Model yang menggunakan platform yang sama dengan Polo hatchback ini juga mendapat gelaran Polo sedan. Dibangunkan dengan Honda City sebagai penanda aras, Jurutera-jurutera Volkswagen menyifatkan model ini adalah yang terbaik dan paling selesa dalam kelasnya dan akan menemui pencabarnya iaitu Honda City dan Toyota Vios secara berhadapan. Teruskan bacaan untuk lebih informasi dan gambar untuk model ini.
Model ini didatangkan dengan 2 varian enjin iaitu petrol dan diesel. Enjin petrol menjana 106kuasa kuda dan 153Nm daya kilas pada 3800rpm. Enjin diesel pula mempunyai daya kilas maksimum lebih awal pada 2500rpm untuk ‘pick up’ yang lebih cepat. Model manual menggunakan kotak gear 5MT dan model auto menggunakan 6 Speed AT dengan fungsi Tiptronic.
Harga jualan untuk model ini bermula dari 6.99 lakh rupee (RM43k) ke 9.23 lakh bersamaan RM63k untuk model spesifikasi penuh.
Komen aku: Bagi aku, model ini amat bersesuaian dengan pasaran Asia kerana kebanyakan orang di Asia memerlukan kereta yang sebegini dalam urusan seharian mereka. Di India, Honda dan Toyota masing-masing menual model City dan Vios. Jadi keputusan Volkswagen untuk membangunkan Vento adalah tempat dan pasti membuahkan hasil lumayan.
Sementara itu di negara kita, walaupun Volkswagen telah umumkan untuk bekerjasama dengan DRB Hicom untuk memasang model CKD, belum ada kenyataan rasmi mengenai model yang dipasang di kilang DRB itu. Mengikut satu sumber, Volkswagen tidak akan memasang secara CKD model yang sudah dibawa masuk secara CBU. Bagi saya, jika Volkswagen pasang dan jual Vento ini, pasti akan dapat mengimbangi pasaran City dan Vios.