Enjin Kereta terbaik dunia sekali lagi dimenangi oleh Volkswagen dengan enjin TSI Twincharger 1.4liternya. Enjin ini digunakan VW Golf, Jetta, Scirocco, Tiguan dan juga jenama anak syarikat Volkswagen iaitu SEAT dengan model Ibiza.
Enjin dengan dwi charge (supercharge+turbocharge) mempunyai sesaran yang kecil untuk kawalan pelepasan karbon namun dengan teknologi dwi chargenya, ia menghasilkan kuasa kuda dan daya kilas setara dengan enjin 2.0liter aspirasi normal. Lihat carta di bawah untuk keputusan penuh.