Sumber dari forum low yat telah menjumpai gambar tanpa selindung bahagian hadapan Proton Saga facelift yang akan dilancarkan pada pameran motor antarabangsa KL nanti.
Rekaan lampu hadapan kini lebih tajam walaupun kita menjangkakan Proton menggunakan ‘projector lamp’ untuk facelift ini namun pasti tidak kerana kita hanya lihat lampu jenis reflektor sahaja.
Rekaan bumper depan juga lebih menarik dengan dengan tambahan gril korporat Proton seperti yang ade pada model Exora dan Inspira.
Apapun mungkin Proton akan membuat lebih kejutan mengenai rekaan dalaman dan spesifikasi tambahan yang bakal diberikan untuk model facelift. Sila kekal bersama blog kami untuk update.