Gambar interior Proton Inspira telah pun bocor di internet. Seperti yang kita dimaklumkan oleh Proton, rekaan interior Inspira hampir sama dengan Lancer cuma yang berubah adalah material dan logo sahaja. Paddle shifter juga bukan jenis magnesium seperti dalam Lancer GT namun ianya sudah cukup mengujakan.
Meter pelbagai paparan juga menarik dan sangat informatif. Inilah kereta yang ditunggu-tunggu oleh peminat Proton.