Kia Motors, pengeluar kereta nombor 2 di Korea, bakal melancarkan model Sorento terbarunya di Malaysia. Ini bakal dilakukan melalui kerjasama dengan rakan strategik mereka, konglomerat kumpulan Naza.
Sumber dari blog funtastickodesign telah menemui gambar spy shot Sorento baru ini sedang diuji mungkin untuk tujuan ‘homologation’ atau proses penyesuaian spesifikasi dengan keadaan sekitar.
Rekaan luaran dan dalaman juga mendapat sentuhan bekas pereka Audi iaitu Peter Schreyer. Secara keseluruhannya, rekaannya mendapat revolusi penuh berbanding model sebelumnya dan mendapat penarafan tinggi setanding dengan pengeluar Jepun mahupun Eropah.
Di pasaran Amerika dan Eropah, kereta ini menggunakan enjin petrol dan diesel dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Kehadiran SUV ini pasti dinantikan adakah ianya boleh menyaingi Honda CRV di alam nyata.