Proton Saga Facelift ditemui lagi kali ini dengan gambar lebih jelas. Jika berdasarkan gambar, lampu depan dan belakang akan mendapat design baru bersama bumper depan dan belakang. Cermin sisi pula ala-ala Persona Elegance dengan lampu signal membelok.
Belum ada kepastian tentang perubahan dalaman kerana nampak lebih kurangsama tetapi jika dilihat secara lebih teliti, terdapat beg udara untuk tempat duduk penumpang hadapan dan nampak seperti steering dibalut kemasan kulit.
Walaupun tiada info mengenai perubahan kepada enjin setakat ini, terdapat sumber mengatakan model ini akan menggunakan transmisi CVT. Model ini dikatakan akan dilancarkan pada pameran motor antarabangsa Kuala Lumpur pada Disember ini.