Terima kasih kepada funtastickodesign dan forummer dari Lowyat kerana membawakan gambar spy shots terbaru Waja Lancer yang mendedahkan rekaan rimnya. Sebelum ini kita hanya dapat menyaksikan gambar spy shots Proton Waja Lancer ini yang menggunakan rim asal Mitsubishi Lancer GLS yang agak boring.
Rim multi-spoke atau berjejari banyak ini nampak cantik dan mengikut gaya kini rekaan oleh pengeluar-pengeluar automotif lain.
ini juga mungkin ujian terakhir sebelum pelancaran pada hujung bulan 11 ini [sumber Proton].
Bagi saya rekaan rim begini menarik dan jika ianya bersaiz 17 inci, pasti nampak lebih garang lagi. Seperti yang kita sedia maklum, Lancer mempunyai ‘wheel arch’ yang besar kerana ia boleh menampung rim saiz 18 inci seperti yang diguna pada model Lancer GT. Apa komen anda?
Post terdahulu:
1. Proton Waja Lancer Akan Dinamakan Proton Inspira?
2. Gambar Terkini Proton Waja Lancer