UMW Toyota telah mengumumkan harga baru Toyota Prius selepas pengumuman bajet 2011 iaitu pada harga RM139,900 berbanding sebelum ini RM175,000. Ini bermakna pengurangan sebanyak RM35,000 dan ini adalah separuh dari nilai sebenar duti eksais yang dikenakan oleh kerajaan. Ini kerana sebelum ini kerajaan mengumumkan pengurangan 50% duti eksais dan penghapusan cukai import dan jika kerajaan mengenakan 100% duti eksais, Prius bakal berharga RM210,000.
Apa-pun ini mungkin berkait rapat dengan Proton yang dijangka akan mengeluarkan Exora hybridnya. Satu usaha yang bijak oleh kerajaan untuk kempen alam sekitar. Zaman kereta hibrid sudah bermula di Malaysia.