Musim panggilan balik semula pengeluar kereta Jepun berterusan dengan Honda pula mengumumkan untuk menarik balik model City dan Fit di Brazil kerana kemungkinan masalah pedal minyak tersangkut yang mengakibatkan pecutan secara tiba-tiba.
Menurut Honda, kemungkinan ada debu yang memasuki ruang sensor mengakibatkan ianya tersekat dalam kes-kes tertentu. Satu kemalangan telah dilaporkan namun tiada membabitkan kehilangan jiwa. Panggilan balik semula ini adalah untuk unit yang dipasang di Brazil sahaja dan tidak membabitkan negara lain.