Gambar intipan pertama model flagship Hyundai iaitu Azera atau dikenai Grandeur di pasaran domestik Korea mendedahkan rekaanya mirip kepada generasi terkini Sonata YF. Gambar depannya memaparkan rekaan yang mantap dengan gril besar berkemasan chrome dipadankan dengan rekaan lampu hadapan yang bergelembung dan berlengkuk sangat mirip kepada rekaan Sonata YF yang membawa bahasa rekaan baru kumpulan Hyundai iaitu bertemakan aliran.
Sementara itu rekaan belakangnya pula agak sedikit besar namun masih lagi menarik dengan lampu belakang yang bersambung sepanjang lebar boot. Secara keseluruhannya, kereta ini kelihatan tegap dan memberi solid feeling.