Lotus, anak syarikat Proton Holdings Bhd, memperagakan satu lagi konsep model terbarunya iaitu model ‘City Car’ daripada model EMAS.Lotus yang sebelum ini hanya membuat kereta prestasi tinggi ringan telah menambahkan skala produknya kepada kereta kecil bandar.
Ianya mungkin sama dengan strategi Fiat yang mempunyai Ferrari sebagai unit kereta berprestasi tinggi dan dengan ini, Lotus akan mempunyai unit kereta produksi massa yang pasti akan menambah pendapatan syarikat.
Model ini diura-urakan akan menggunakan enjin hybrid 1.2liter Range Extender Lotus apabila sedia untuk dipasarkan nanti.