Nasim Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Peugeot di Malaysia, nampaknya telah bersiap sedia untuk melancarkan model Peugeot 207 sedan yang akan dikeluarkan di Kilang kumpulan Naza di Gurun, Kedah. Ia berdasarkan maklumat yang ada pada laman website www.peugeot.com.my.
Kereta yang akan menggunakan enjin 1.6liter ini adalah dikategorikan pada segmen B iaitu sama kelas dengan Toyota Vios dan Honda City. Enjin 1.6liternya mungkin bukan dari keluarga enjin turbocharge ‘Prince’ seperti yang ada pada 308, namun jika harganya berpatutan ia bakal memberi saingan sengit dalam pasaran yang telah didominasi oleh Vios dan City sejak sekian lama.
Rekaan dalamannya pula mudah dan praktikal. Ia juga mempunyai ergonomik yang baik jika dilihat pada kedudukan steering yang tinggi. Sementara rekaan luarnya mirip dengan ‘abangnya’ iaitu model 407 jika dilihat dari side profilenya. Apa-pun kereta ini nampak menarik dan kita tunggu pelancarannya tidak lama lagi. Berikut adalah spesifikasi yang diketahui buat masa ini.
■16 valve DOHC engine
■Adaptive automatic transmission with Tiptronic and Sports mode
■Sensor activated headlamps and wipers
■Leather-wrapped steering wheel
■ABS brakes with EBD and EBA
■ISOFIX point for child seat
■CD player with MP3/WMA/USB/Bluetooth support
■6 speaker sound system
■Dual SRS airbags for the front occupants
■15 inch allo wheels with 10 spoke Interlagos design
■420 liter boot space
■Engine immobiliser
■3 year or 100,000km warranty