Nissan Motor Corp, Pengeluar kereta nombor 3 di Jepun telah mempamerkan dan mendedahkan spesifikasi Nissan GT-R faceliftnya. Model yang mempunyai kod DBA-R35 GT-R mempunyai banyak perubahan dan sedang dalam fasa facelift pertengahannya. Sebanyak 6 versi GT-R di jual di Jepun termasuklah satu versi yang dinamakn Egoist, dimana pelanggan boleh mengubah pilihan aksesori untuk lebih mewah.
Enjinnya pula telah ditala semula untuk menjana kuasa sebanyak 523hp pada 6200rpm dan daya kilas sebanyak 612Nm bermula pada 3200rpm. Penggunaan bahan bakar juga mendapat penambahbaikan iaitu pada 8.5l untuk 100km.
Untuk rekaan dalamannya tidak banyak perubahan besar cuma penggunaan bahan baru untuk panel instrumen pad dan garis jahitan. Konsol tengah pula mendapat kemasan karbon dan beberapa kemasan chrome pada butang dan ‘air cond vent’.