Seperti yang hangat diperkatakan sekarang, Lotus Cars Plc, anak syarikat Proton Holdings Berhad, telah melancarkan 5 model konsep terbaru mereka untuk menggantikan model sedia ada dan menambah model baru kategor ‘supercar’ dalam barisan modelnya.
Ini termasuk lah model konsep Lotus Elise, dijangka menemui pembeli pada tahun 2015, mempersembahkan revolusi rekaan Lotus dari segi rekaan luaran dan dalaman, terima kasih atas usaha keras ketua eksekutifnya, Encik Dany Bahar dan ketua jurutera rekaan yang baru iaitu Encik Donato Coco.
Rekaan dalamannya (gambar) juga tidak kurang hebatnya dengan rekaan luarannya. Dengan kemasan karbon fiber pada panel instrumen, ditambah dengan fungsi kawalan steering seperti paddle shifter, audio dan meter pelbagai paparan, kereta ini bakal bersaing hebat dengan pengeluar-pengeluar kereta berprestasi tinggi yang lain seperti Ferrari, Porsche mahupun Lamborghini.