Honda Motor Corporation, Pengeluar kereta nombor 2 di Jepun, mempersembahkan model Hybrid terbarunya selepas Insight, Civic dan CR-Z iaitu model Fit/Jazz hybrid Pameran Motor Paris.
Mengikut sumber, Pengeluar-pengeluar Jepun di pameran kali ini tidak banyak membawakan model konsep atau model baru mereka. Hanya sekadar menjadikan pentas pameran sebagai bilik pameran biasa. Mungkin mereka menyimpan kejutan untuk Pameran Motor Antarabangsa Tokyo di rumah mereka nanti.
Model ini akan mendapat spesifikasi yang sama dengan CR-Z hybrid iaitu enjin 1.3liter petrol digabung dengan teknologi IMA (Integrated Motor Assist). Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi, gambar dan Video mengenali model ini.
Enjin 1.3 liter VTEC digabung dengan IMA teknologi adalah kategori Hybrid sederhana jika dibanding dengan Hybrid penuh seperti yang digunapakai pada Toyota Prius. Dengan menggunakan kotak gear CVT, kereta ini dijangka menggunakan petrol pada 4.4liter/100 km.
Rekaan kereta ini amat menakjubkan kerana walaupun ianya sebuah kereta ‘one box car’ namun ia masih lagi mempuyai ruang bagasi 300liter!