Bagaikan seteru, pengeluar kereta lagenda rali, Mitsubishi Motor dan Fuji Heavy (Subaru) masing-masing bersaing secara berhadapan dengan model kereta berprestasi tinggi generasi terkini mereka iaitu Lancer Evolution X dan Impreza WRX STi.
Subaru telah melancarkan Impreza WRX sedan, model yang ditunggu-tunggu oleh peminat Impreza yang kebelakangan ini hanya dapat varian hatchback sahaja. Model sedan ini mendapat talaan baru untuk suspensi dan rim prestasi 18 inci untuk lebih kawalan dan cengkaman.
Rekaan luaran model Impreza Sedan ini agak menyerupai rekaan Evo 6 namun dengan teknologi rekaan terkini, ia nampak lebih ‘bold’ dan solid. Rekaan fender dan ‘quater panel’ yang lebar menambah imej ‘wide body’ dan nampak kukuh. Garisan bumbung yang tidak terlalu cerun pasti melegakan ruang penumpang belakang.
Rekaan dalamannya juga mudah dan praktikal. Jika berdasarkan gambar, kita lihat plastik yang digunakan juga nampak mewah dan teksturnya juga padan. Kereta ini adalah versi manual dan mungkin Impreza juga mempunyai varian automatik dengan paddle shifter seperti Evo X.
Apa yang menarik, seperti juga Evo X, walaupun ianya sebuah kereta prestasi tinggi, namun ciri-ciri mesra pengguna harian tidak diketepikan. Kereta ini amat luas dan praktikal dari segi dalamannya. Bagi aku, inilah yang perlu dipelajari oleh pereka-pereka dan pengurusan pengeluar kereta tempatan. Harap-harap kita akan dapat merasa kereta sebegini dari mereka nanti.