Suzuki Motor, pengeluar kereta kompak Jepun telah mengumumkan untuk memanggil semula model Swift seluruh dunia kerana masalah skru cermin pandang sisi tercabut. Menurut Suzuki, mereka telah menerima 77 aduan mengenai masalah cermin sisi tersebut walaubagaimanapun belum ada kemalangan disebabkan masalah ini.
Jumlah kereta yang terbabit dalam panggilan balik semula kali ini ialah 282, 617 unit dengan sebahagian besarnya dijual di luar Jepun.
Komen aku: Suzuki Swift model ini didatangkan secara CBU dari Jepun berkemungkinan mempunyai masalah yang sama. Kita tunggu pengumuman rasmi dari Suzuki Malaysia Automobile samada Swift di Malaysia terlibat atau tidak.