Selepas beberapa minggu spy shots Prius ‘besar’ ditemui, Toyota telah sekali lagi menunjukkan kepada orang ramai bahawa mereka akan melancarkan sebuah Prius yang lebih besar atau mungkin Prius minivan.
Prius ini dipanggil ‘alfa’ α, ataupun Prius + α yang membawa maksud lebih besar untuk keseluruhan dan mempunyai 7 tempat duduk. Mengikut sumber-sumber, saiznya menyerupai Mazda 5.
Komen aku: Strategi Toyota dapat dihidu apabila menggunakan platform dan jenama Prius yang telah berjaya diseluruh dunia untuk mengeluarkan sebuah lagi Prius bersaiz MPV. Ini bakal menarik pembeli yang inginkan MPV dan penjimatan minyak.
Ianya satu strategi yang baik dan boleh diadaptasi oleh pengeluar-pengeluar yang lain.