Robot humanoid Honda, ASIMO atau nama panjangnya Advance Step In Innovative Mobility telah pun masuk usia yang ke 10 tahun. Dibuat untuk sebahagian program kajian dan pembangunan (RnD) Honda untuk robotic dan pergerakan manusia, ASIMO telah mencapai banyak perubahan sejak ianya dilahirkan. Ia boleh berjalan, memanjat tangga, berlari hingga boleh menjawab soalan anda. Bayangkan apa yang ASIMO akan capai pada usia 20tahun?