Brabus SV12R BiTurbo 800, berasaskan model Mercedes Benz S600, merupakan kereta sedan terlaju di dunia ketika ini. Brabus telah menambah talaan kepada crank shaft, sistem ekzos, camshaft, silinder intake, unit turbocharger, quad intercooler dan menambah saiz piston. Kereta ini mempunyai kuasa 800hp dengan enjin 6.3l dan tork 145kgm. Kelajuan maksimum kereta ini adalah 350kmj.