Daewoo, anak syarikat gergasi permotoran Amerika, General Motors (GM) telah melancarkan model Alpheon di pasaran Korea Selatan. Kereta ini merupakan model salinan Buick LaCrosse di pasaran Amerika dan menggunakan global platform Epsilon II, yang juga dikongsipakai oleh Opel Insigna OPC dan Vauxhall Insigna seperti gambar di bawah.
Pada masa ini Alpheon menggunakan enjin 3.0liter V6 yang menjana kuasa 263hp dipadankan dengan kotak gear 6 kelajuan. Enjin yang bersesaran lebih kecil akan diperkenalkan pada masa depan untuk model Alpheon ini. Sila teruskan bacaan untuk lebih informasi dan gambar mengenai model ini.
Kereta ini menyasarkan pembeli kereta mewah di Korea Selatan. Panjang kereta ini adalah 4955mm dan mempunyai asas roda 2837mm. Ia mempunyai pelbagai ciri-ciri mewah seperti lampu ‘LED ambient Lighting’ untuk interior dan menggunakan bahan sentuhan lembut yang berkualiti tinggi. Kereta ini akan dijual pada harga 36juta Won atau USD30,000.
GM, yang mengalami kerugian berbilion dolar dan memerlukan dana kerajaan untuk membantu operasi mereka dilihat telah bangkit dengan pelbagai model global kebelakangan ini. Platform Epsilon II dilihat berjaya dengan pelbagai model yang dihasilkan samada di US(Buick), Eropah(Opel, Vauxhall) dan Asia(Daewoo). Mungkin Proton boleh meminjam platform ini untuk model Perdana?
Gallery