Boss Lotus En. Dany Bahar dikatakan telah memberi petunjuk bahawa pada masa sekarang Lotus hanya mampu untuk
bangunkan model Esprit sahaja dari 5 model yang di pamer di Paris yang lepas.
Para pemerhati automotif dikejutkan apabila Lotus ingin bersaing dengan pengeluar supercar lain dengan model Eterne (gambar atas) namun ianya menimbulkan persoalan bahawa mampukah Lotus membangunkan kesemuanya tanpa suntikan dana?
Di sebalik pelancaran model supercar 612hp 5.0liter V8 Hibrid yang masih jauh iaitu dua tahun lagi, Lotus sudahpun membuat beberapa video yang menunjukkan Lotus sangat beria-ia untuk mereliasisakan model supercar pertama mereka.