Sumber dari internet telah menemui gambar spyshots interior Hyundai Azera atau nama lain Grandeur di pasaran Korea. Jelas interior model Azera adalah yang terbaik setakat untuk sedan kelas pertengahan kalau tidak yang terbaik bagi pengeluar yang sedang meningkat naik iaitu Hyundai Motor. Dengan ciri bertemakan aliran atau fluidic sculpture, Hyundai dilihat dalam posisi terbaik untuk mengatasi pengeluar utama lain. Belum dapat dipastikan samada Hyundai akan membawa kereta ini ke Malaysia atau tidak. Sila hubungi pihak Hyundai Malaysia untuk keterangan lanjut.