Sumber dari blog autoinsidermalaysia telah menjumpai gambar terkini dan terbaru model Saga Facelift. Menurut sumber, model ini akan dilancarkan pada 2 Disember ini bersamaan dengan Pameran Motor Antarabangsa KL atau KLIMS. Model ini akan mempunyai 4 airbag untuk model premium, 1 airbag untuk model medium, empat power window dan head unit dinaik taraf. Sterengnya juga mempunyai butang kawalan kekuatan suara dan carian stesen radio/track CD yang dibawa kedepan dari model Satria Neo.
Dari eksteriornya pula kita dapat lihat perubahan pada lampu dan bumper hadapan. Rekaan gril menggunakan gril korporat Proton mengikuti model-model yang lain. Lampu belakang juga lebih kecil dan seperti kelihatan nesting untuk LED. Side mirrornya juga mempunyai turn signal seperti Exora dan Persona. Menurut sumber, Proton tidak menggunakan kotak gear CVT untuk facelift kali ini.