Harga petrol RON97 akan dinaikkan sebanyak 15sen mulai tengah malam ini (30 November 2010) daripada RM.215/liter kepada RM2.30/liter. Ini selari dengan langkah kerajaan untuk mengapungkan harga minyak RON 97 sejajar dengan perubahan harga pasaran global. Kali terakhir kenaikan untuk RON 97 adalah lebih kurang sebulan lalu iaitu sebanyak 5 sen. Kereta ber cc besar pasti terasa dengan kenaikan ini. Bagaimanapun harga untuk RON 95 adalah kekal pada RM.1.85/liter. Diesel juga tidak terlibat dalam kenaikan ini iaitu pada RM1.75/liter