Menurut CBT, Honda Malaysia akan melancarkan model hibrid kedua di Malaysia iaitu model Insight, bermodalkan polisi baru bajet 2011 yang menyahkan duti eksais dan import untuk model hibrid. Di Jepun model ini diletakkan di bawah kelas Civic Hibrid dan kami menjangkakan harganya akan berada di bawah RM100,000 jika dilihat Civic Hibrid berharga atas RM100,000 di negara kita.
Model ini pernah mencetuskan kontroversi apabila Toyota menuduh mereka meniru rekaan Prius terutama sekali pada garisan bumbung namun Honda menafikannya dan ianya adalah kebetulan. Sebenarnya Insight ini walaupun menyerupai Prius namun ianya bukanlah sebesar Prius kerana asas rodanya adalah 6 inci lebih pendek dari Prius. Prius adalah kategori Mid Sedan dan Insight jatuh pada kategori kompak.
Rekaan dalamannya terutamanya panel instrumen dilihat lebih menarik dari Prius dan dilihat campuran Civic dan Fit/Jazz. Kereta ini mempunyai penggunaan minyak pada 5.88L/100km dan boleh dikatakan ianya adalah kategori mild hibird.