Subaru sedang bekerjasama rapat dengan Toyota untuk membangunkan kereta sport terbaru mereka iaitu FT86 (gambar). gambar Spy di atas juga menunjukkan Subaru sedang mempersiapkan model versi STi, iaitu versi talaan untuk lebih prestasi bagi model ini.
Model ini dijangka menggunakan enjin 2.0L untuk model pengenalan dan 2.5L turbocharged untuk model yang lebih berprestasi menjana sehingga 300hp kuasa kuda. Chasisnya dikhabarkan berkongsi dengan model Impreza dan Legacy. Model tertingginya dijangkan menggunakan sistem all wheel drive.