Selepas memperkenalkan beberapa model dengan rekaan ‘aliran bendalir’ atau ‘fluidic sculpture’, Hyundai telah memperkenalkan satu lagi model dengan gaya rekaan yang sama iaitu Hyundai Elantra. Ianya mempunyai rekaan yang cukup berseni dan menarik ditambah dengan enjin 4 silinder yang begitu menjimatkan.
Elantra, meneruskan legasi generasi sebelumnya akan dipacu oleh enjin bersesaran 1.8liter yang menjana kuasa 148hp dengan daya kilas atau tork sebanyak 186Nm cukup untuk membolehkan kereta ini memecut dengan mudah dan lancar. Ianya dipadankan dengan kotak gear manual atau automatik 6 kelajuan.
Rekaan dalamannya, walaupun lebih kecil tetapi amat mirip dengan susun atur panel instrumen model abangnya yang lebih besar iaitu Sonata dengan rekabentuk stereng yang sama. Tuil gear jenis gate juga menambah ciri kemewahan pada model ini. Model ini dijual pada harga USD15k hingga USD22k di pasaran Amerika.