Mitsubishi Motors Malaysia telah melancarkan model crossover kompak ASX atau dikenali sebagai RVR di pasaran Jepun pada harga yang kompetitif iaitu RM139,980 atas jalan. Mitsubishi menyasarkan pemanduan sedan dengan gaya SUV untuk model ini menjadikan model ketiga yang dilancarkan oleh Mitsubishi Motors Malaysia pada tahun ini selepas Pajero dan Lancer Sport back.
Model ASX ini dipacu oleh enjin generasi baru Mitsubishi iaitu 2.0l DOHC 16V Mivec 4B11, enjin yang sama dipasang pada model Lancer dan akan datang Inspira, menghasilkan kuasa 150ps dan tork 197Nm. Enjin ini dipadankan dengan kotak gear INVECS III CVT 6 kelajuan dan boleh dikawal dengan paddle shifter pasangan stereng column.
Kelengkapan aksesori terdiri Active Stability Control (ASC), Hill Start Assist, Beg udara berkembar depan dan beg udara lutut, ICE dwi DIN dan skrin pelbagai paparan termasuk kamera undur belakang. Model ini diimport sepenuhnya dari Jepun.
Gambar credit paultan.