Sebelum ini ada berita mengenai Proton sudah pun mengeluarkan surat hasrat kepada pembekal komponen kereta untuk model gantian Persona yang dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2012. Namun, kita masih tertanya-tanya bagaimanakah bentuk Persona replacement tersebut yang direka dengan kerjasama firma rekaan terkenal Itali iaitu Guigiaro? Sumber dari blog funtastickodesign telah menjumpai model tanah liat atau clay model yang dikatakan untuk model gantian Persona itu.
Rekaan depannya agak menarik dengan rekaan lampu depan yang besar dan lebar untuk membolehkan kereta ini nampak lebar. Dibawah headlamp ada lengkuk panjang mungkin untuk tempat daytime running light seperti kereta-kereta jenama Eropah. Wheel archnya juga besar menambahkan lagi imej ketegapan clay model tersebut.
Rekaan belakang juga menarik dengan lampu rear combi yang besar dan lebar. Boot lid juga sudah ada cerun atau slope dan tidak lagi seperti Persona sekarang yang kelihatan jongket dan ‘keras’. Cuma bagi saya, rekaan side profilenya boleh dipertingkatkan lagi dengan menambah lengkuk pada panel pintu bahagian bawah dan quarter glass boleh diluruskan untuk nampak lebih kemas. Secara keseluruhannya rekaan memang menarik dan tidak sabar rasanya untuk lihat spyshots model ujian Persona replacement ini. Bagaimana dengan anda?