Nissan Motor Corp, gergasi permotoran Jepun telah mengumumkan pelancaran model Serena generasi keempatnya di Jepun. Minivan ini begitu popular dan sehingga kini terjual lebih sejuta unit terima kasih kepada ciri-ciri mesra pengguna yang ada padanya.
Menggunakan enjin direct injection generasi baru iaitu MR20DD yang mempunyai tork yang tinggi dan sistem twin VTC dipadankan dengan kotak gear xtronic cvt, Serena baru ini menawarkan penjimatan minyak yang optimum.