Nissan Leaf telah mendapat persijilan rasmi mengenai penggunaan tenaga oleh badan pemantau di Amerika Syarikat iaitu EPA. Model itu mencatat penggunaan tenaga kuasa bersamaan 42km/liter minyak dan boleh mencapai jarak sehingga 123km dengan sekali cas. Kos penggunaan elektrik pula adalah sekitar RM1500 setahun.
Bagaimana cara mengira tenaga yang digunakan oleh Nissan Leaf dalam bentuk km/liter? Tenaga sebanyak 33kwh adalah sama dengan 3.78liter petrol. Pihak EPA juga telah mendapati penggunakan tenaga leaf adalah pada 5.72km/kwh. Jadi dengan 24kwh bateri, Leaf boleh pergi sejauh 137 km secara matematik.
Sumber: Autoblog